IPOH: Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata buat masa ini proses pengesanan kebocoran pada saluran paip sepanjang 3.5 kilometer dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor itu sedang dilakukan operator dilantik Lembaga Air Perak (LAP).
"Untuk makluman, terdapat kejadian kebocoran pada satu daripada saluran paip utama berukuran 600 milimiter (mm), 350mm dan 300mm dan telah dibaiki pada 5 Feb lepas.
"Namun, daripada pemantauan dan analisis selepas kerja pembaikan mendapati, tekanan masih tak kembali ke paras normal. Usaha menyalurkan bekalan tambahan ke Pulau Pangkor masih tidak menyelesaikan isu," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pangkor Fauzan Azhar ketika ditemui Bernama di Pantai Teluk Nipah menjelaskan masalah gangguan air yang berlaku di Pulau Pangkor berlaku sejak 8 Feb lepas.
Fauzan memaklumkan punca utama gangguan itu disebabkan pertambahan bilangan pelancong ke pulau peranginan itu khususnya menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Mohammad Nizar berkata sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, LAP telah menggerakkan enam lori tangki bagi memastikan pengagihan bekalan air di pulau bebas cukai itu berjalan lancar.
"Sebanyak tiga lori tangki telah dihantar ke Pulau Pangkor pada 9 Feb lalu bagi mengedar air ke kawasan terjejas dan telah ditambah sebanyak tiga unit lagi pada 12 Feb lepas.
Sementara itu, Pengurus Besar LAP Datuk Ishak Abd Rahman berkata pihaknya akan berusaha mempercepatkan pembinaan tiga unit tangki simpanan tambahan di beberapa lokasi khusus bagi melancarkan proses penyaluran bekalan air untuk jangka masa panjang.
"Kita akan bina satu tangki di tanah besar (Lumut) manakala dua lagi iaitu di Jeti Pangkor dan Teluk Nipah. Pada awalnya, kita jangka pembinaannya akan dimulakan dalam lima tahun akan datang.
"Namun, disebabkan masalah yang berlaku kita akan percepatkan pembinaannya mungkin dalam jangka waktu terdekat bagi memastikan gangguan tidak akan berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini. - Gambar hiasan
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.